Sunday, July 24, 2011

TEMPAT TERBAIK SEORANG ISTERI

Salam~:)
Most of my friends dh pun mendirikan rumahtangga dan i know that nnt yg single pun pasti akan mendirikan rumahtangga dan meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri.Semua pun sedia maklum title ni ada sambungannya..TEMPAT TERBAIK SEORANG ISTERI ADALAH DI SISI SUAMINYA.
Alhamdulillah sebagai seorang manusia yang dilahirkan berjantina perempuan,aku dhpun melengkapkan diriku sebagai seorang perempuan,isteri dan kini seorang ibu kepada seorang cahaya mata yang juga seorang perempuan.Ayah yang tersayang juga telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan cemerlang apabila dapat membesarkan aku menjadi seorang perempuan sempurna...mengkhatankan aku semasa aku kecil dan memberikan aku ilmu dengan menghantar aku ke sekolah,melihat aku membesar di depan matanya seterusnya mengahwinkan aku dengan lelaki yang baik,yang menjadi pilihanku dan dia menerimanya dgn yakin bahawa lelaki ini,insyaAllah,dapat membahagiakan anaknya ini hingga akhir hayat...


Kesabaran itu adalah tunjang utama dalam sebuah perhubungan bernama PERKAHWINAN.Kematangan mengajar kita menjadi seorang yg sabar.Apabila seorang ayah mengahwinkan anak perempuannya,maka terlepaslah tanggungjawab yang digalasnya dan kini beralih kepada si suami yang akan mengalas tanggungjawab yg sangat besar...
Seorang lelaki apabila mengahwini seorang perempuan,semestinya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam rumahtangga..memahami hati dan perasaan seorang perempuan yang lemah,mudah tersinggung walaupun luarannya mungkin perempuan itu seorang yang ganas,lasak dan kasar,namun lelaki dgn sifatnya..mesti menjadi seorang PELINDUNG yg baik,memberikan PERLINDUNGAN dengan menyediakan tempat tinggal,menyayangi,membantu isteri di saat2 isteri memerlukan bantuan,bersama2 melakukan kerja2 rumah dan kewajipan bersama.
Tiada istilah kerja rumah adalah tanggungjawab seorang isteri...kerana kerja rumah dan yang berkaitan dengan rumahtangga--anak dan segala2 nya adalah satu PERKONGSIAN dan yang dikongsi harus dijaga BERSAMA-SAMA.


Semasa aku mengambil keputusan untuk berkahwin dulu,aku secara jujurnya mahukan seorang lelaki yang dapat membahagiakan diri ini ,susah sng bersama dan dapat menghabiskan usia masa tua nnt bersama2.Aku mahukan seorang lelaki yang sayangkan aku dan akan menyayangi anak2 kami,seorang lelaki yg punya ilmu dalam agama walaupun dia bukan seorang ustaz ataupun orang alim,tapi pegangan agamanya kuat,keluarganya juga biarlah tidak kaya tapi beradab,tidak ada masalah sosial dlm masyarakat dan stabil dr segi mental dan emosi...yg berlatarbelakangkan hubungan baik serta beragama.Dan sesungguhnya aku bersyukur,walaupun kami bukan pasangan bercinta yg sentiasa aman tanpa pergaduhan,tetapi dia cukup lengkap bagiku...dan kini dia ayah kepada anakku...dialah suamiku yang aku harap dapat aku tatap wajahnya setiaphari hinggalah wajah ini nnt berubah menjadi seorang perempuan tua...berdoa agar kami dapat tua bersama2 dan bahagia hingga ke nafas terakhir...itu adalah perancangan dan hy Allah penentu segala2nya...


Jika rumahtangga kamu tidak pernah bergoyang,mungkin kamu mmg bijak mengemudi.tp aku yakin...tiada rumahtangga yg tak pernah di selangi dengan pergaduhan atau pertengkaran...walaupun hanya sedikit ketegangan,pasti ada...Aku sentiasa membaca kisah2 rumahtangga dan bermacam2 perkara yg berlaku di sekeliling membuatkan aku byk berfikir...berfikir bahawa alangkah sayangnya sebuah perkahwinan yang hancur kerana ego...keegoan yang membuatkan si kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Namun siapa aku utk menilai?aku hanya salah seorang hamba Allah,di sini,yang hanya mampu mendoakan agar manusia ini diberi petunjuk...kerana aku juga hanya hambaNYA yang mungkin nanti di uji jua...


Lelaki dan perkahwinan...kata-kata seorang yg aku hormati tak lama dahulu,aku pegang bahawa lelaki,jika mereka nk mkn sedap2...mereka boleh ke kedai,ke restoren..bayar dan mkn..jika mereka nak baju dibasuh,tp mls nk uruskan,mereka boleh ke kedai dobi dan hantar utk dicuci dan di iron...tp jika mereka mahukan isteri..mereka mmg perlukan isteri disisi utk melayan kehendak mereka mengikut saluran yg halal..dan saluran yg halal adalah melalui PERKAHWINAN dan itu bermakna...ISTERI adalah milik suaminya...tiada siapa dpt menyangkal bahawa PERKAHWINAN telah menghalalkannya dan seorang isteri adalah wajib menjalankan tanggungjawabnya terhadap keperluan suami selagi suami juga menjalankan tanggungjawab ke atas isteri itu,apatah lg jika suami mmg sayangkan isteri,setia,jujur dan melayan isteri dgn baik..berdosa jika isteri menidakkan hak suami yg satu ini.


To all my buddies...sama2la berdoa untuk kesejahteraan rumahtangga kita semua.Semoga kita terpelihara dan dilindungi Allah SWT dalam setiap gerak geri dan perlakuan.Semoga kita menjadi celik...tidak dibutakan dan dipekakkan dgn perkara2 yang tidak baik...

Monday, July 18, 2011

MY LIFE and ME

Aku tahu,dalam 100 orang yang menyukaiku,pasti ada 10 org yang benci,dengki & meluat denganku,mungkin lbh,mungkin kurang dari itu...
PEDULIKANLAH...
Kerana aku berdiri di sini dengan KEHIDUPANKU,salah seorang hamba Allah yang diberi peluang untuk bernafas dan melakukan ibadat di atas muka bumi ini...aku punya kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang manusia dan punya ceritaku sendiri.
Jika kamu tidak suka,aku tidak menjemputmu ke sini dan tidak juga aku menghalau.Tidak aku gentar dengan kebenciaanmu dan tidak aku angkuh dengan pujian.Jika ceritaku boleh aku kongsikan,terpulang padamu menilai baik dan buruknya...kerana aku bersyukur dengan nikmatNYA,setiap hembus nafasku bermakna demi org2 yg aku sygi dan aku bahagia dengan kehidupan ini walaupun warnanya tidak selalu indah,tapi ceritaku tetap ada....ia adalah kisahku dan kisahku adalah TENTANG AKU...





Sunday, July 10, 2011

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA


*thanks to whom shared ths ;)
i really like the words..every single word,creating perfect sentences & deep meaning
*BUAT PEDOMAN BERSAMA*
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....
...dan hargailah mereka yg kita miliki...kerana apa yg kita ada hari ini boleh jadi tiada lg esk hari...siapa kita..hy merancang dan Allah sahaja yg maha mengetahui..