Sunday, July 24, 2011

TEMPAT TERBAIK SEORANG ISTERI

Salam~:)
Most of my friends dh pun mendirikan rumahtangga dan i know that nnt yg single pun pasti akan mendirikan rumahtangga dan meneruskan kehidupan sebagai seorang isteri.Semua pun sedia maklum title ni ada sambungannya..TEMPAT TERBAIK SEORANG ISTERI ADALAH DI SISI SUAMINYA.
Alhamdulillah sebagai seorang manusia yang dilahirkan berjantina perempuan,aku dhpun melengkapkan diriku sebagai seorang perempuan,isteri dan kini seorang ibu kepada seorang cahaya mata yang juga seorang perempuan.Ayah yang tersayang juga telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan cemerlang apabila dapat membesarkan aku menjadi seorang perempuan sempurna...mengkhatankan aku semasa aku kecil dan memberikan aku ilmu dengan menghantar aku ke sekolah,melihat aku membesar di depan matanya seterusnya mengahwinkan aku dengan lelaki yang baik,yang menjadi pilihanku dan dia menerimanya dgn yakin bahawa lelaki ini,insyaAllah,dapat membahagiakan anaknya ini hingga akhir hayat...


Kesabaran itu adalah tunjang utama dalam sebuah perhubungan bernama PERKAHWINAN.Kematangan mengajar kita menjadi seorang yg sabar.Apabila seorang ayah mengahwinkan anak perempuannya,maka terlepaslah tanggungjawab yang digalasnya dan kini beralih kepada si suami yang akan mengalas tanggungjawab yg sangat besar...
Seorang lelaki apabila mengahwini seorang perempuan,semestinya bersedia untuk menghadapi cabaran dalam rumahtangga..memahami hati dan perasaan seorang perempuan yang lemah,mudah tersinggung walaupun luarannya mungkin perempuan itu seorang yang ganas,lasak dan kasar,namun lelaki dgn sifatnya..mesti menjadi seorang PELINDUNG yg baik,memberikan PERLINDUNGAN dengan menyediakan tempat tinggal,menyayangi,membantu isteri di saat2 isteri memerlukan bantuan,bersama2 melakukan kerja2 rumah dan kewajipan bersama.
Tiada istilah kerja rumah adalah tanggungjawab seorang isteri...kerana kerja rumah dan yang berkaitan dengan rumahtangga--anak dan segala2 nya adalah satu PERKONGSIAN dan yang dikongsi harus dijaga BERSAMA-SAMA.


Semasa aku mengambil keputusan untuk berkahwin dulu,aku secara jujurnya mahukan seorang lelaki yang dapat membahagiakan diri ini ,susah sng bersama dan dapat menghabiskan usia masa tua nnt bersama2.Aku mahukan seorang lelaki yang sayangkan aku dan akan menyayangi anak2 kami,seorang lelaki yg punya ilmu dalam agama walaupun dia bukan seorang ustaz ataupun orang alim,tapi pegangan agamanya kuat,keluarganya juga biarlah tidak kaya tapi beradab,tidak ada masalah sosial dlm masyarakat dan stabil dr segi mental dan emosi...yg berlatarbelakangkan hubungan baik serta beragama.Dan sesungguhnya aku bersyukur,walaupun kami bukan pasangan bercinta yg sentiasa aman tanpa pergaduhan,tetapi dia cukup lengkap bagiku...dan kini dia ayah kepada anakku...dialah suamiku yang aku harap dapat aku tatap wajahnya setiaphari hinggalah wajah ini nnt berubah menjadi seorang perempuan tua...berdoa agar kami dapat tua bersama2 dan bahagia hingga ke nafas terakhir...itu adalah perancangan dan hy Allah penentu segala2nya...


Jika rumahtangga kamu tidak pernah bergoyang,mungkin kamu mmg bijak mengemudi.tp aku yakin...tiada rumahtangga yg tak pernah di selangi dengan pergaduhan atau pertengkaran...walaupun hanya sedikit ketegangan,pasti ada...Aku sentiasa membaca kisah2 rumahtangga dan bermacam2 perkara yg berlaku di sekeliling membuatkan aku byk berfikir...berfikir bahawa alangkah sayangnya sebuah perkahwinan yang hancur kerana ego...keegoan yang membuatkan si kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Namun siapa aku utk menilai?aku hanya salah seorang hamba Allah,di sini,yang hanya mampu mendoakan agar manusia ini diberi petunjuk...kerana aku juga hanya hambaNYA yang mungkin nanti di uji jua...


Lelaki dan perkahwinan...kata-kata seorang yg aku hormati tak lama dahulu,aku pegang bahawa lelaki,jika mereka nk mkn sedap2...mereka boleh ke kedai,ke restoren..bayar dan mkn..jika mereka nak baju dibasuh,tp mls nk uruskan,mereka boleh ke kedai dobi dan hantar utk dicuci dan di iron...tp jika mereka mahukan isteri..mereka mmg perlukan isteri disisi utk melayan kehendak mereka mengikut saluran yg halal..dan saluran yg halal adalah melalui PERKAHWINAN dan itu bermakna...ISTERI adalah milik suaminya...tiada siapa dpt menyangkal bahawa PERKAHWINAN telah menghalalkannya dan seorang isteri adalah wajib menjalankan tanggungjawabnya terhadap keperluan suami selagi suami juga menjalankan tanggungjawab ke atas isteri itu,apatah lg jika suami mmg sayangkan isteri,setia,jujur dan melayan isteri dgn baik..berdosa jika isteri menidakkan hak suami yg satu ini.


To all my buddies...sama2la berdoa untuk kesejahteraan rumahtangga kita semua.Semoga kita terpelihara dan dilindungi Allah SWT dalam setiap gerak geri dan perlakuan.Semoga kita menjadi celik...tidak dibutakan dan dipekakkan dgn perkara2 yang tidak baik...

4 comments:

  1. keh keh..i like la ur blog nie..
    ape lagik..sambung2..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah dear lia..sm2 kite mendoakan bahagia hingga ke syurga, amin :))

    ReplyDelete