WROTE ON 1st RAMADHAN
2011
Hari ni ari Isnin,1st Ramadhan,selamat menjalani sahur jam 5.10 pagi td.Now,6.30 am.A beautiful morning,siap mandi dan solat subuh.At Baling now. Marissa is still sleeping.Tido lambat.We arrived at 12 am something.Mia Marissa mcm biasala, excited dengan kucing,ke hulu,ke hilir until 2 am br tido.
Bunyi ayam berkokok,bersahutan....tenangnya suasana waktu pagi.
Tak selalu dapat alami suasana mcm ni..
Kat UUM pn tenang tp takdela kokokan ayam....yg ada,bunyi kicau unggas rimba...
Teringat one of my relative (uncle) yang aku sgt hormati pernah kata,bila kawen ngn seseorang tu,kita bkn hanya berkahwin dgn dia tetapi seluruh ahli keluarganya...dalam ertikata lain,kita mesti terima keluarga pasangan kita untuk masuk dlm kehidupan kita dan itu bermakna,ada kepentingannya di situ...
Yup!berkahwin bukan perkara yg mudah.ia merangkumi semua aspek rohani dan jasmani.Merangkumi tanggungjwb zahir dan batin.Ia adalah perkongsian yang mesti seiring dengan kejujuran,kesefahaman,bantu membantu dan hormat menghormati.
Aku menjadi keliru dan trauma apabila menghadapi penceraian di sekelilingku.Tapi mungkin sudah tersurat di sebalik masalah yg tersirat tentang jodoh dan apa yg berlaku pada mereka. Berkahwin,ekonomi mst stabil,jika tak stabil,perlu ada sefahaman dan bantu membantu.Perkahwinan bila dh decide utk berkahwin,hati mesti kuat dan yakin bahawa pasangan kita itu adalah utk kita dan katakan tidak pada yg lain.
Hati adalah seketul daging dlm badan yg perlu dijaga dengan baik..Bagaimana? Dengan pengisian rohani agar ia bersih sentiasa.Agar ia setia dan jauh dari hasutan nafsu dan syaitan. Hati adalah gambaran cinta,sayang dan kasih...
Jauh di sudut hati,aku sgt bersyukur,mempunyai suami yang baik,berterima kasih kepada ibu mertua yang telah melahirkannya untukku.Dia, lelaki yg aku harap,akan menjadi lelaki terakhir dalam hidupku,menjadi teman dan sahabat sehingga ke akhir hayat.Terima kasih kepada ibunya kerana telah berjaya mendidiknya menjadi lelaki yang baik.Aku juga berharap dapat mendidik anak2ku menjadi manusia berguna dan berpekerti sempurna dalam masyarakat.
Aku melihat ayah sebagai model contoh dalam memilih bakal suami.Ayah aku tak alim...bkn sentiasa berkopiah dan bersongkok tetapi alhamdulillah,hingga saat ini,beliau hanya setia pada mama seorang dan kami adik beradik sentiasa mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka hingga akhir hayat.Ayah yang aku kenali selama hampir 3 dekad ini,patuh pada undang2 dunia dan syariat Islam.Seimbang dunia dan akhirat.Bertanggungjawab dalam hal2 rumahtangga,sayangkan anak2 dan isteri.Kalau ayah keje di luar,rasanya lbh 6x akn call mama,sblm tido akn igtkan mama ttg kunci pintu dan pagi2 akn call takut mama tak bgn utk ke sekolah.Ayah yang aku knl,seorang yg tegas dan sgt garang dulu2..kini boleh menjadi teman bercerita dan memahami.Begitu juga dgn bapa mertuaku yang aku panggil abah,selama 3thn mengenalinya lbh rapat,beliau juga seorang yang bertanggungjwb dan setia kepada mak.
Wanita zaman sekarang sangat moden dan berdikari...mungkin kerana itu,lelaki selalu rasa tidak diperlukan sedangkan sebenarnya rumahtangga itu memerlukan satu sama lain....bukan sahaja di tempat tidur,tapi dalam segala hal.Kadangkala sebagai isteri,walaupun semua kita boleh buat sendiri tetapi,kita mesti libatkan suami dalam hal rumahtangga.Sama2 cari barang rumah,cari barang utk anak-anak...jika ada mslh,kongsikan..selalu bercerita dan berkongsi..sepatutnya tiada rahsia.Jangan biarkan lelaki terlalu senang hanya bawa status 'suami org' tanpa perlu memikirkan peranannya dlm rumahtangga sbagai lelaki dan bapa.Itu akan membuatkan mereka terlalu banyak masa utk diri sndiri dan akhirnya membawa kepada bermcm2 pnyakit sosial.Aku lbh melihat kepada orang2 yg lbh tua utk aku berfikir dan menjadikan mereka model untuk mempertahankan rumahtangga yg dibina...krn walaupun mengenali suami lbh satu dekad tetapi banyak lg yg perlu diperbaiki..bersama-sama mengambil iktibar atas kejadian yg berlaku di sekeliling kami..menjadi matang,sangat menguntungkan dan menaikkan harga diri.
Aku belajar menjadi wanita matang setiap hari..
beratnya bunyi sebuah marriage.walaupun umur2 sekarang ni tgh dok gatai nak kawen tapi bila fikir balik the responbilities it comes with, tak mampu rasa.
ReplyDeleteayah pun dah berbuih mulut pesan mcm pasal kawen2 ni :)
but dont worry...u will know wat to do,when u are get in it..berkahwin tak susah,tp untuk mempertahankannya satu cabaran dan kita mst jadi matang...
ReplyDelete